Wednesday, November 4, 2009

Saiful bukhari Hadir ke Mahkamah Dengan Tenang Dan Sabar


KUALA LUMPUR 3 Nov. - Perbicaraan penuh kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim belum pun bermula - namun pengadu dalam kes itu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan hari ini muncul di Mahkamah Tinggi di sini.

Kemunculan pertamanya itu ditemani bapa, Azlan Mohd. Lazim dan peguam, Zamri Idrus serta beberapa pengawal peribadi.

Pemuda berusia 24 tahun itu kelihatan tenang memasuki mahkamah pada pukul 8.40 pagi ketika galeri awam masih kosong sebelum ditempatkan di bilik saksi.

Sehingga selesai prosiding sebutan kes liwat itu kira-kira pukul 10 pagi, Mohd. Saiful langsung tidak menemui bekas majikannya itu yang hadir di mahkamah bersama isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Bercakap kepada pemberita selepas prosiding berakhir, Mohd. Saiful berkata, dia hadir ke mahkamah hari ini untuk melihat sendiri perkembangan kes tersebut.

Menurutnya, dia sudah lama bersedia untuk memberi keterangan pada bila-bila masa walaupun perbicaraan dimulakan esok.

''Saya mohon agar pihak yang terlibat di dalam kes saya ini dapat mempercepatkan prosiding agar saya dapat memberi keterangan secepat mungkin tanpa perlu menunggu lebih lama lagi.

''Diharap pihak tertuduh tidak lagi berdolak-dalik dalam perkara ini.

''Sudah hampir setahun setengah saya, tunang tersayang dan seluruh keluarga bersabar menunggu hari perbicaraan sebenar untuk kebenaran ditegakkan,'' katanya yang berkemeja cerah, kot hitam dan bersongkok.

Mohd. Saiful juga yakin masyarakat sudah lama menunggu bermulanya perbicaraan penuh kes itu kerana ia merupakan platform yang adil dan terbaik untuk mana-mana pihak mencabar apa jua bukti serta keterangan yang akan diberikannya.

Ditanya mengenai penangguhan demi penangguhan kes itu, katanya, dia kecewa dan sedih kerana telah setahun setengah kes itu masih tidak dapat dibicarakan.

Saksi utama dalam tuduhan kes liwat kali kedua terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bagaimanapun memberi sepenuh kepercayaan kepada mahkamah untuk menetapkan tarikh perbicaraan penuh.

Dia turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan moral kepadanya termasuk rakan-rakan blogger, forum dan laman-laman sosial di Internet termasuk Facebook.

Sementara itu, Azlan memberitahu, setelah lebih setahun menunggu perbicaraan pihaknya akan tetap bersabar kerana telah menjangkakan kes itu hanya akan dibicarakan pada tahun hadapan.

''Kalau kita boleh menunggu satu setengah tahun, kenapa tidak boleh menunggu dua atau tiga bulan lagi. Saya serahkan kepada budi bicara mahkamah,'' katanya.

Anwar, 62, didakwa meliwat Mohd. Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun tahun lalu.

Kes tersebut dijadualkan disebut semula di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah pada 23 November ini.

sumber Utusan malaysia Online

Kenyataan Saiful Bukhari jelas mengambarkan sikap seorang yang penyabar walaupun telah setahun berlalu kes liwat ini. Dengan perbicaraan yang masih belum bermula kerana faktor Tertuduh Anwar Ibrahim yang cuba melengah-lengahkan perbicaraan ini maka sudah jelas yag tertuduh mempunyai niat yang curang dalam menghadapi kes liwat ini.

Kami di Kelab Justice 4 Saiful akan terus menyokong perjuangan Saiful Bukhari dalam mendapatkan keadilan yang sewajarnya dalam hal ini. Keadilan buat mangsa perlulah di perjuangkan tampa mengira sebarang ancaman yang mungkin jua kami di Justice 4 saiful ini terima.

Kesabaran seluruh ahli keluarga Saiful Bukhari serta Tunang nya yang setia mengambarkan sesungguhnya Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang dalam memberikan Hikmah dan Hidayah buat umatnya yang tertindas ini. Moga seluruh keluarga Saiful Bukhari dan tunang nya terus memberikan semangat dan ransangan untuk saiful bukhari dalam meniti hari hari yang mendatang ini.

We All Support Saiful Bukhari

Yang Hak Pasti Berdiri

Yang Bathil Pasti Jatuh

2 comments:

fs-86 November 23, 2009 at 7:31 PM  

Justice for Saiful and justice for Anwar.

Cengkih78 February 6, 2010 at 1:56 PM  

semoga kebenaran akan terbukti. mari sama2 berdoa moga Allah tunjukkan kebenaran. kita blh merancang, namun tiada yg leka dari pengetahuanNya. akan tiba satu masa kebenaran itu tak akan dpt ditolak. insya allah, sy doakan terbaik.

Post a Comment

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP