Monday, November 30, 2009

Mahkamah Akan Gugurkan Kes Liwat D.S.Anwar Ibrahim?


Esok Mahkamah akan menentukan sama ada kes Liwat D.S.Anwar Ibrahim akan di Gugurkan mahupun tidak. Dimanakah keadilan buat Saiful Bukhari sekiranya keputusan Mahkamah memihak kepada D.S.Anwar Ibrahim? Bagaimana dengan caci maki dan fitnah yang di tanggung selama ini. Apakah Rakyat ingin lihat Keadilan juga telah di Liwat?


Bukti dan segala keterangan sudah lama siap dalam menjalankan perbicaraan Kes Liwat ini. malah Pihak Pendakwaan juga sudah lama bersiap sedia dari segi mental dan fizikal dalam menyangkal pembelaan dari pihak D.S.Anwar Ibrahim yang menghantar 12 orang peguam bagi mewakilinya.

Karpal Singh merupakan ketua Peguam dalam kes Liwat D.S.Anwar Ibrahim ini. Apakah karpal juga takut berhadapan dengan perbicaraan Liwat ini?

Saudara Saiful Bukhari yang telah lama menanggung derita akibat perbuatan yang tidak berperikemanusian oleh D.S.Anwar Ibrahim ini pastinya kecewa jika mahkamah mengugurkan kes liwat ini yang mana sebelum perbicaraan di jalankan.

Janganlah kerana D.S.Anwar Ibrahim ini bergelar Dato Sri maka tidak perlu kes Liwat ini dibicarakan. Janganlah kerana D.S.Anwar Ibrahim bekas TPM maka Gugurkan sahaja kes Liwat ini. Apakah Saiful Bukhari tidak punya maruah? Apakah kerana Saiful Bukhari rakyat biasa maka tidak berhak baginya mendapat pembelaan?

Diharapkan semua rakyat Malaysia dapat mendoakan agar Kes Liwat ini tidak digugurkan dan seharusnya di jalankan perbicaraan ini dengan segera. Pastinya semua rakyat ingin mengetahui akan perjalanan Kes Liwat ini apabila di bicarakan di mahkamah Kelak.

Yang Hak Pasti Berdiri
Yang Bathil Pasti Jatuh.

Link Menarik




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP